Assalamualaikum. Pape hal dulu kena beri salam,tu yang mak aku ajar. Nie la first time ak tulis blog,ntah la tetibe je rase cam nak berkarya..haha. So,sebelum korang semua baca blog aku,lebih baik korang mengenali siapakah yang berada di sebalik tabir blog nie..(macam dalam movie la plak)
Nama sebenar aku Mohamad Qaidzir Bin Noor Siham atau nama geli2 or nme manja aku kday. Orang selalu salah sebut nama aku,panas btol hati aku tapi nak wat camne da nama aku unik sangat. Aku dilahirkan pada 21 Mei 1991 di Hospital Lama Daerah Raub pada pukul 3.23 pagi waktu tempatan. Aku dibesarkan di Kuantan sebab bapak aku kerja dekat kawasan perindustrian. Rumah aku dekat je dengan pantai dalam lebih krg 1km dari pantai tapi aku tak suka mandi pantai,aku suka duduk je tepi pantai. Aku nie ada sorang adik laki dan 2 orang adik pompuan dan aku nie seorang abg yang baik.
Mula2 sekali aku belajar dekat Taski Al-Makmur dekat je dengan umah aku. Tiap2 hari aku pergi belajar kat situ naik basikal yang ada roda. Aku selalu race dengan kawan2 aku time on the way nak pergi taski. Kalo korang nak tau, time exam aku dapat no 2 dalam kelas aku..hahaha,bijaknye aku masa dulu.
nie gambar waktu aku belajar kat taski
Lepas tu aku bersekolah di Sekolah Kebangsaan Balok Baru (SKBB). Aku belajar dekat situ dari darjah 1 sampai la UPSR. Aku sebenarnye da banyak lupa kenangan aku time sekolah rendah sbb aku kurang makan kismis doa. Jadi aku sertakan bukti yang menunjukkan bahawa aku bersekolah disitu.
time aku darjah 6 rasenye
Bermula la hidup aku sebagai remaja,aku meneruskan pelajaran aku di SMK Sultanah Hajah Kalsom (SHAKS) atau name dulunye SMK Seri Kuantan. Banyak kenangan aku masa belajar kat situ,ada pahit ada manis tapi banyak manis la. Aku belajar kat situ dari form 1 sampai la SPM.
nie gambar kelas aku masa form 5
Dengan berbekalkan result SPM yang cukup2 makan,aku dapat tawaran belajar kat Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) dalam bidang Sains Fizikal. Belajar kat matrik mmg susah kalo korang malas dan bodoh,aku gerenti kompem korang fail time matrik. Cara belajar kat matrik mmg laju,dalam masa 1 sem,aku kena belajar berbelas2 bab fizik,math dan kimia. Pecah kepala otak aku dibuatnye. Walaupape pun aku tetap enjoy belajar kat KMNS
ada gaya saintis tak?=P
dekat depan matrik aku
Sekarang aku belajar di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dalam course Engineering Entrepreneurship. Jauh sungguh aku merantau sampai sempadan Thailand aku menuntut ilmu. Tak pe, bak kata pepatah "jauh pemandangan luas pengalaman" dan sekarang aku sedang bertungkus lumus untuk mendapatkan segulung ijazah khas untuk kedua ibubapa aku.
depan umah aku
gambar dengan classmate time dinner
Akhir sekali, aku nak abiskan sesi pengenalan nie ngan serangkap pantun.
Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..
Sekian(^_^)