Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaysia Mengaum

     First of all,aku nak ucapkan tahniah diatas kemenangan skuad bola sepak Malaysia kerana memenangi Piala Suzuki AFF. Memang aku kagum ngan semangat juang yang ditunjukkan oleh skuad negara kita. Walaupun menghadapi banyak tekanan daripada penyokong fanatik Indonesia,skuad kita tetap memberi tumpuan dan komitmen yang sepenuhnye.

     Bapak aku kate Malaysia time zman dulu bapak teror. Kalo korang nak tau Malaysia dlu pernah belasah Korea Selatan. Aku ada tengok video dlu time Malaysia buat friendly ngan Boca Juniors. Tak salah ak la,time tu zaman Allahyarham Mokhtar Dahari rsenye,waktu tu Malaysia seri 2-2 ngan Boca Juniors. Memang power Malaysia maen time tu. Memang respect  la otai2 zaman dulu,dashat gila diorang maen.

Otai2 beraksi

Allahyarham Mohktar Dahari ngan Diego Maradona

Datuk Soh Chin Aun

Skuad Olimpik 1980

     Walaupun sejak 2 dekad nie bola sepak Malaysia dilanda zaman kegelapan tapi terbukti 2010 menjadi tahun kebangkitan bola sepak Malaysia. Dari segi mutu perrmainan skuad Malaysia telah menunjukkan peningkatan. At last, kita boleh tengok hasil pelaburan FAM ngan menghantar skuad muda ke Liga Slovakia. Diorang diberi pendedahan dan pengalaman. Banyak aku tengok muka2 baru yang best cara diorang bermain, terutamanya keeper kita Khairul Fahmi. Memang terbaek keeper Malaysia sebab die banyak save bola2 yang bahaya. Haha,mesti die da famous sekarang,aku tengok facebook da banyak awek2 'like'2..

Time menang Piala Suzuki AFF

     Harapan aku sebagai rakyat Malaysia adalah supaya prestasi macam nie dapat dikekalkan dan aku harap Malaysia dapat masuk World Cup. All the best Malaysia.
MALAYSIA BOLEH!!

     

2 comments:

  1. wah dah ada blog. bagus2. letak la nuffnang kat blog awak. so nanti blh dpt duit free. yg penting kena rajin tulis dlm blog & ramai org yg view blog ni..

    ReplyDelete